Maklumat sebenarnya adalah pengetahuan. Kita boleh lihat, ramai orang berlumba-lumba mencari maklumat dan pengetahuan dalam semua bidang dari seluruh pelusuk dunia dan berada diperantauan jauh dari keluarga tercinta semata-mata ingin penuhi ilmu dan pengetahuan di dada. Bak kata pepatah melayu "Tuntutlah Ilmu sehingga Ke Negeri Cina". Ternyata ilmu pengetahuan atau pun maklumat amat penting masa kini memandangkan keperluan teknologi sentiasa berkembang dan memerlukan kepakaran dalam bidang tertentu. Amat rugilah jika seorang itu cetek pengetahuan atau tidak mempunyai maklumat langsung dalam dirinya..
Maklumat sangat penting dalam semua perkara. Setiap maklumat akan wujud dalam bentuk yang berbeza bergantung kepada situasi maklumat itu sendiri. Ramai yang kini sanggup belajar bertahun-tahun semata-mata untuk memperolehi maklumat atau pengetahuan yang luas dalam bidang yang diminati agar suatu hari nanti maklumat yang telah diperolehi dapat digunakan untuk mencari pekerjaan yang bagus mahupun mencipta sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan pada dirinya..
Kita boleh lihat, ramai yang sanggup mencipta maklumat palsu jika ditawarkan ribuan ringgit malah ada yang sanggup mengadai nyawa semata-mata ingin memperolehi maklumat rahsia yang disimpan secara ketat dan dijaga rapi jika diarahkan untuk mendapatkan maklumat tersebut dengan cara apa pun. Yang penting maklumat tersebut akan menjadi milikinya dan memperolehi habuan yang lumayan.
Maklumat vs Wang?
Jika kita mempunyai maklumat yang memang diperlukan seseorang, maka dari maklumat tersebut kita boleh tukarkannya dalam bentuk wang. Bagaimana kita ingin jadikan maklumat tersebut wang??? Pelik akan? Perkara ini nampak pelik tapi boleh menjadi kenyataan jika anda merupakan orang yang genius dan pintar dan boleh menukarkan maklumat kepada wang atau duit. Kita boleh tukarkan maklumat kepada wang dalam pelbagai bentuk. Bergantung kepada maklumat itu sendiri.
Sebagai contoh, anda telah belajar menjahit diperingkat yang lebih tinggi selama 3 tahun. Sepanjang tempoh itu anda telah belajar pelbagai teknik jahitan dan cara bagaimana untuk menjahit pakaian yang berbagai fesyen dan bentuk yang menarik. Daripada maklumat dan pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu jahitan anda boleh tukarkan maklumat itu kepada wang mengikut citarasa anda sendiri. Jika anda suka wang yang banyak anda boleh tukarkan maklumat itu kepada pelbagai bentuk yang berbeza-beza. Sebagai contoh, anda boleh bukukan pengetahuan dan ilmu/maklumat jahitan anda. Kemudian anda jual. Jika seseorang itu memang perlukan ilmu jahitan maka dia akan berusaha untuk dapatkan buku tersebut walaupun harganya tinggi dan mahal. Kaedah lain adalah dengan membuka kelas jahitan. Perkara ini tidak akan menjadi bebanan jika anda suka wang. Semua orang sanggup lakukakan apa sahaja asal perolehi wang yang banyak. Selain itu anda juga boleh menjahit pakaian pelbagai jenis dan hantarkan ke kedai-kedai atau butik-butik. Jangan sia-siakan maklumat yang telah anda perolehi itu. Lama-lama maklumat itu akan hilang begitu sahaja.. Amat rugikan.. Cara lain adalah anda mengambil upah menjahit hanya berada dirumah. Pada musim perayaan, nescaya anda lah orang yang dicari-cari oleh setiap orang. Perkembangkan ilmu yang ada supaya anda akan menjadi orang yang lebih berjaya.
Banyak lagi maklumat yang boleh dibincangkan. Saya rasa setiap orang tahu apa yang mereka tahu dan pengetahuan apa yang mereka ada. Buatlah sesuatu dengan maklumat itu agar anda tidak rasa rugi kerana membelanjakan kos pengajian yang tinggi jika maklumat yang anda perolehi itu disia-siakan. Cuba tukarkan maklumat itu kepada wang. Wang itu adalah wang anda sebab maklumat itu adalah maklumat anda sendiri.. Berusaha cipta sesuatu yang anda rasa berguna dan diperlukan oleh orang suatu hari nanti..
Semoga berjaya.