Enter Key To Search

Skim Internet - Awas Jangan Terjerat

BAGAIMANA CARA UNTUK ATASI UNTUK ELAKKAN DIRI TERJERAT SKIM PELABURAN DI INTERNET.
Cara 1 - Rasa Curiga.
Anda harus mempunyai rasa curiga, terutama perkara yang melibatkan wang di dalam dunia internet. Sentiasalah waspada terhadap apa jua jemputan atau pelawaan sekiranya membabitkan wang dan cepat kaya. Selalunya mereka akan menawarkan pulangan lumayan dan caranya mudah. Awas, jangan terlalu taksub dengan kata-kata manis mereka.
Cara 2 - Skim Online Popular
Cuba elakkan diri daripada terjebak dalam skim online yang tersenarai di bawah:-
1- Skim Kad Kredit -> Berhati-hati jangan dedahkan sebarang informasi mengenai kad kredit anda. Jika tidak, hutang anda akan sentiasa berganda. Awas!!
2- Skim Pelaburan -> Jangan terlalu cepat mempercayai mengenai produk-produk terbaru yang katanya akan menggegarkan dan popular dalam masa terdekat. Mereka ini akan berlumba-lumba mencari orang untuk membeli saham mereka secara online dengan harga tertentu. Awas, fikir dahulu sebelum bertindak.
3- Skim Piramid -> Perniagaan kecil-kecilan ini sudah lama wujud. Mereka memerlukan kemasukkan ahli baru bagi mendapat keuntungan. Tetapi apa yang terjadi sekiranya salah satu downline tidak aktif? Hura-hara kerana anda mendapat ganjaran melalui ahli di bawahnya dan seterusnya.. Pilih lah produk yang ada potensi untuk mendapat jualan harian yang tinggi dan permintaannya sentiasa ada dan tinggi. Anda tidak rugi jika cara dan tindakkan betul. Jangan tersalah langkah. Padah jawapannya..