Mungkin anda tidak pernah memikirkan bahawa apa yang anda miliki di dalam diri anda merupakan sumber asli atau pun telaga emas yang belum lagi diterokai selama ini dan mungkin anda sendiri tidak mengetahuinya. Emas yang masih tersembunyi itu mungkin dalam bentuk pengetahuan, dalam bentuk hobi, kemahiran, bakat, keinginan, pelajaran, pengalaman dan sebagainya. Anda perlu menggunakan dan mengolah perkara-perkara yang telah anda miliki itu dan gunakan kaedah tertentu untuk menjadikan anda seorang jutawan dengan hanya menjual ataupun mengedarkan maklumat. Setiap orang sebenarnya boleh berjaya dan hidup dalam kemewahan asalkan sentiasa berusaha dengan gigih dengan menggunakan strategi yang betul dan tidak pernah rasa putus asa setiap pekerjaan yang dilakukan walaupun pernah gagal. Keazaman yang kuat boleh membuatkan seseorang itu boleh melangkah lebih jauh lagi untuk mencapai apa yang diimpikan dan apa yang dicitakan selama ini.
Sumber kekayaan sebenarnya wujud dalam diri setiap manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Manusia telah dianugerahkan AKAL dan daya fikiran yang paling baik diantara makhluk-makhluk lain ciptaan Allah. Oleh demikian, kita perlu membuka minda dan akal kita supaya sentiasa celik, cergas dan mampu berfikir dengan baik bagaimana cara dan kaedah untuk membantu diri supaya sentiasa maju ke depan dan berusaha mencapai cita-cita yang diimpikan sejak kecil. Laksanakan setiap yang dirancang dengan baik dan gunakan langkah yang tepat dan betul agar masa kita tidak rugi dengan perkara-perkara yang remeh - temeh yang tidak membawa apa-apa keuntungan dan faedah dalam hidup kita. Gunakan akal dengan maksimum agar kita dapat cipta sesuatu yang baik, bagus dan boleh digunakan orang setiap manusia. Jika demand tinggi maka anda boleh mengaut keuntungan dari apa yang anda telah ciptakan. Dari akal anda boleh buat duit sehingga ribuan ringgit sebulan. Percayalah bahawa setiap manusia dicipta mempunyai kelebihan yang tersendiri. Carilah kelebihan itu supaya ia tidak menjadi sia-sia sahaja...