Orang yang boleh menjadi kaya raya sentiasa mencari akal untuk jadi kaya raya. Akal digunakan sekerap yang mungkin semasa dia sedar, bila dia tidur akal akan direhatkan sebentar. Sebenarnya sentiasa berfikir tidak akan menjadi anda gila. Jika anda selalu menggunakan akal, anda akan sentiasa tahu dimana anda berada..
Oleh yang demikian, gunakanlah akal anda mulai sekarang supaya anda tidak akan kehilangan peluang yang terbaik dalam hidup anda. Orang yang mahu berfikir adalah orang rajin. Orang yang malas ialah orang yang malas berfikir dan juga malas untuk nertindak. Ada juga orang berkata " dah habis berfikir dah, sampai fikiran aku dah naik buntu..." Sebenarnya dia masih mampu berfikir lagi. Apa yang dilakukannya ialah berehat dahulu. Tidur adalah lebih baik,kemudian apabila terjaga bolehlah berfikir lagi. Mudah mudahan Allah akan memberi jalan kepadanya dan akan menjadi seorang yang celik akalnya. Sebenarnya terlalu ramai orang yang malas untuk berfikir untuk mengubah hidup mereka dan malas untuk menggunakan akalnya untuk sesuatu kebaikan dalam diri dan hidup mereka. Fikirkan...
Sebaliknya memang sangat ramai pula orang mencari akal untuk hidup senang tetapi dengan mudah dan segera atau dengan menggunakan jalan pintas. Mentang-mentanglah zaman sekarang ini ada makanan segera kalau boleh semuanya mahu secara segera. Yang paling malang ialah orang yang mahu kaya segera, mereka dengan mudah akan main judi ekor dengan harapan boleh jadi kaya. Semuanya disebabkan tidak mahu menggunakan akal dan mencari peluang dan ruang yang terbaik untuk mencari duit banyak sehingga boleh jadi kaya. Seperti yang kita tahu sumber rezeki dan kekayaan sudah pun disediakan dengan banyaknya kepada manusia. Hanya perlu berusaha dan mencari nya dengan gigih.
Semua orang berhak dan boleh menjadi kaya dan memiliki apa yang diinginni. Anda hanya perlukan sedikit usaha, ilmu pengetahuan, kemahuan dan kenyakinan serta displin yang tinggi untuk memperolehi kekayaan. Bermula dengan sedikit, lama-lama kekayaan itu akan bertambah. Yang penting anda sentiasa berfikir dan terus berfikir cara yang terbaik dan kaedah yang betul dan tepat dan perancangan yang rapi untuk sesuatu yang telah dirancangkan. Lakukan sehingga berjaya jangan berhenti di tengah jalan. Amat rugi anda cepat berputus asa dan tidak mempunyai kenyakinan yang tinggi.
Setiap kejayaan akan dimulai dengan kegagalan. Jangan jadikan kegagalan pertama adalah untuk gagal selama-lamanya. Jadikan kegagalan itu sebagai semangat baru untuk turus bergerak maju kehadapan dan sebagai pengalaman yang mengerikan. Pastikan pengalaman kegagalan itu tidak berulang kembali.. Sertakan juga sikap positif dalam diri. Sikap positif itu akan mengubah hidup anda dan pastinya akan membuatkan anda berpuas hati dengan usaha anda yang selama ini.