Enter Key To Search

Mengapa Mahu Memilih Menjadi Usahawan Dirumah?

Berikut adalah merupakan sebab-sebab mengapa semakin ramai orang mahu menceburi atau menerokai perniagaan sendiri dirumah. Malah bilangan orang yang berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri dirumah semakin bertambah setiap tahun. Ramai yang memilih untuk bersara awal selepas bekerja selama beberapa tahun.

1- Menambah Pendapatan. Memang telah menjadi kebiasaan masalah kurang pendapatan dan wang tidak mencukupi ataupun kurang daya membeli berlaku disebabkan harga barangan sentiasa meningkat dan tidak sejajar dengan kenaikan gaji. Harga barangan sentiasa terus meningkat dan kadar inflasi juga turut meningkat setiap tahun sebaliknya kenaikan gaji menyamai kenaikan harga barangan. Memang tiada keseimbangan.

2-Persediaan Awal untuk bersara atau meletak jawatan. Memang adat bekerja, semakin tinggi kedudukkan dan jawatan yang dipegang maka semakin besar dan banyaklah pula kerja dan tugas yang perlu dipikul. Fenomena ini kadangkala boleh menimbulkan kebosanan, dengan itu maka mereka akan mencari alternatif lain untuk mencari wang bagi menyara hidup.

3-Mahu Melakukkan Kerja Yang Disukai. Sesetengah orang memohon pekerjaan hanya disebabkan tiada banyak pilihan dan terdesak kerana menghadapi masalah kewangan. Mereka ini terus bekerja selama bertahun-tahun walaupun tidak menyukai pekerjaan tersebut sehinggalah mereka melihat peluang untuk bekerja sendiri dan melakukan kerja-kerja yang hanya diminati dan disukai sahaja. Ini akan menambahkan kejayaan bagi dirinya.

4- Untuk Mengurangkan Tekanan. Bekerja dibawah arahan orang lain memang sentiasa menghadapi tekanan di dalam tugas. Hal ini tidak terjadi apabila bekerja sendiri, walaupun menghadapi tekanan tetapi ianya tidak sama seperti masa bekerja dengan orang lain. Bila bekerja sendiri walaupun menghadapi tekanan tetapi ianya boleh memberikan kepuasan kerana hasil bakal diperolehi akan menjadi milik kita sendiri, Itulah perbezaannya..

5- Mempunyai Kenyakinan Diri. Ini merupakan perkara penting bagaimana membezakan seseorang individu yang berjaya dan yang gagal. Bagi yang telah mencipta kejayaan diri merupakan elemen terpenting. Hanya orang yang mempunyai keyakinan terhadap dirinya sahaja sanggup meninggalkan keselesaan yang tidak seberapa itu dimana dimana sebelumnya mereka bekerja dengan orang lain dan bila cukup bulan mereka dibayar gaji. Bagi yang mempunyai kenyakinan diri, mereka percaya kepada potensi diri sendiri dan percaya bahawa mereka boleh memperolehi pendapatan yang lebih besar jika melakukan usaha mereka sendiri.