Apakah dia Google Adsense?
Google Adsense adalah program yang menyediakan peluang untuk publisher menjana pendapatan melalui komisyen yang dibayar oleh Google terhadap iklan advertiser yang di klik di
blog mereka. Untuk memahaminya anda harus mengetahui bagaimana Google menjana pendapatan berbillion-billion us dollar setahun. Google menjana pendapatan mereka melalui pengiklanan di website mereka, ianya dipanggil Google Adwords, yang berdasarkan kepada PPC (Pay Per Click) program.
Melalui Google Adwords, para advertiser dapat mengiklankan produk/service mereka secara terus kepada potential customer berdasarkan keyword yang digunakan oleh pengunjung. Berjuta-juta pengunjung internet menggunakan enjin pencari Google untuk mendapatkan maklumat dan produk yang mereka kehendaki di internet. Mereka akan menggunakan keyword
sebagai asas pencarian mereka.
Seseorang yang ingin membuat duit di internet akan menggunakan keyword “make money” atau “ make money online” untuk mendapatkan maklumat tersebut. Seseorang yang ingin berkahwin akan menggunakan keyword “wedding”, wedding gift” atau “wedding gown” sebagai keyword mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut. Maka para advertisers akanmembida keyword tertentu bergantung kepada produk mereka untuk mensasarkan pengunjung yang menggunakan enjin pencari . Mereka akan membida keyword tersebut antara satu sama lain untuk mendapatkan kedudukan yang teratas di enjin pencari. Kedudukan iklan yang teratas menjana lebih banyak traffic.