Terdapat 3 Kesilapan Yang Sering Berlaku Dalam Perniagaan Melalui Internet
Kesalahan 1 - Tidak Ada Visi
Kesilapan yang sering berlaku dikalangan peniaga Internet adalah tidak mempunyai perancangan sama ada jangka panjang ataupun jangka pendek. Perniagaan tidak bergerak secara berterusan anda anda hanya mampu bertahan dalam jangka masa yang pendek. Jika anda anda visi dan matlamat dan berusaha memikirkan produk-produk seterusnya anda boleh maju dalam perusahaan internet dan mendapat pendapatan yang lumayan dan semakin meningkat. Apabila ada kemajuan dan penambahan dari masa ke semasa, pelanggan akan lebih yakin pada anda dan menjadi pelanggan yang setia.
Kesalahan 2 - Tidak Berhubung Dengan Pelanggan Secara Individu
Ini adalah kesilapan yang selalu berlaku kepada para usahawan melalui internet. Berhubungan bermaksud anda melakukan khidmat selepas jualan. Kebiasaannya pelawat/pengunjung akan menghantar e-mel menunjukkan mereka berminat, berkeinginan dan berkemahuan bagi mengetahui apakah produk dan perkhidmatan anda dapat membantu mereka. Anda perlu memberikan maklumat percuma kepada mereka. Dengan menggunakan autoresponder, anda dapat menghantar maklumat percuma kepada pelanggan. Maklumat itu dapat memahamkan pelawat dan tidak mustahil mereka akan menjadi pelanggan anda.
Kesalahan 3 - Cepat Berputus Asa
Kini kita dapati perniaga internet semakin hari semakin ramai seperti cendewan tumbuh selepas hujan. Kebayakkan perniaga melalui internet mengalami kegagalan sementara. Kegagalan ini mungkin disebabkab kesilapan yang belum diketahui dan ditangani. Tetapi jika anda cepat mengalah dan berfikir perniagaan melalui internet itu tidak boleh berjaya dan susah, anda mungkin tidak dapat menikmati hasilnya.