Enter Key To Search

Cara Untuk Pengesahan Akaun Pay Pal

Bahagian 1: Daftar Kad Debit Public Bank ( Visa Elektron)
Pelbagai cara untuk membuat pengesahan akaun Paypal. Selain menggunakan kad kredit anda juga boleh menggunakan kad debit Visa Elektron dari Bank Public untuk membuat pengesahan akaun paypal anda. Untuk memohon kad debit tersebut anda boleh memohon terus dari bank atau memohon secara online. Bagi permohonan secara online anda boleh layari laman web public bank di http://www.pbebank.com dan cari menu Cards. Klik pada menu tersebut dan cari permohonan kad debit secara online. Ikut arahan yang diberi sehingga tamat. Patuhi step yang telah diarahkan supaya anda berjaya memohon kad debit tersebut. Pihak bank akan menghubungi anda melalui surat jika permohonan anda diterima dalam masa beberapa minggu sahaja. Sejurus anda menerima kad debit tersebut anda boleh membuat pengesahan akaun paypal anda.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:-
1- Pastikan anda mempunyai akaun paypal. Login ke www.paypal.com
2- Pilih menu "Add Credit Card". Klik menu tersebut. Penuh kan maklumat yang diperlukan.
3- Kemudian Klik "Add Card".
4- Jika tiada masalah, anda telah berjaya. Message ini akan kelihatan "You haved successfully add credit card".
5- Walaubagaimana pun, akaun Paypal anda belum "verified" lagi. Anda perlukan "Expended Number" dari paypal untuk sahkan akaun anda tersebut.
6- "Expended Number" akan diberikan melalui statement akaun anda. Anda perlu dapatkan statement akaun tersebut dari bank atau secara online.
7- Selepas anda masukkan "expended Number" tersebut, akaun anda kini telah verified.